Saya suka duduk di bawah meja. Bawah meja? Ya, saya suka duduk di situ. Meja besar saya tempat saya membuat kerja sekolah dan kerja-kerja lain, saya sekali-sekala akan duduk di bawahnya dan membiarkan fikiran saya menerawang meninggalkan realiti dunia.
Sebenarnya, kali pertama saya duduk di situ ialah semasa saya menyorok dari mak saya. Haha. Saja mengada-ngada nak suruh dia cari. Tapi rancangan saya tidak menjadi. Saya yang kepanasan di situ kerana mak saya malas nak cari saya. Ape la.
OK, berbalik kepada cerita saya. Saya suka duduk di bawah meja saya. Kadang-kadang saya hanya saja-saja duduk di situ sambil mendengar MP3. Kadang-kadang saya duduk di situ untuk mencari ketenangan dan berseorangan. Kadang-kadang untuk membaca buku atau membaca nota-nota pelajaran. Kadang-kadang untuk berfikir, mencari ilham atau melihat kembali kenangan lampau. Kadang-kadang untuk memikirkan kesalahan lalu. Kadang-kadang untuk ketawa sendiri tanpa didengari orang lain. Dan selalunya untuk menangis tanpa dilihati orang lain.
Di bawah meja itu, walaupun agak sempit, tidak selesa dan panas, saya berasa selamat dan bebas. Di situ dunia saya, tempat saya membuka minda dan kotak hati tentang dunia luar. Di situ tempat saya mencari perlindungan ketika saya berada di titik kemuncak kesedihan, kesepian atau kekecewaan. Di situ tempat saya melakar mimpi-mimpi yang kadang-kadang mustahil untuk dilaksanakan.
Di bawah meja tua dan tidak secantik meja-meja di IKEA itu, saya membebaskan diri saya untuk menjadi Shahida yang sebenar, walaupun untuk sementara waktu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
i like this :) very, real, if u kno what i mean :)
Post a Comment